Cari @ Amanz

Terdapat beberapa dongle hari ini dipasaran yang membolehkan pengguna memainkan video atau sebarang kandungan daripada telefon terus ke televisyen – seperti Chromecast dan sebagainya. Menyertai arena sama, pihak Qualcomm turut telah memperlihatkan sebuah prototaip peranti daripada mereka baru-baru ini.

Qualcomm Dongle 4K

Produk prototaip ini dikenali dengan nama “Wireless Qualcomm 4k Stream Adapter” buat masa ini, dan ia dibangunkan berasaskan kepada cip Snapdragon.

Menggunakan dongle tersebut yang dihubungkan ke televisyen, ia membolehkan pengguna memainkan kandungan 4K terus daripada telefon pintar mereka ke televisyen dengan mudah. Perkara ini mungkin sesuatu yang dinantikan ramai, memandangkan beberapa peranti utama pada hari ini hadir dengan sokongan rakaman video 4K, tetapi untuk memainkannya ke televisyen masih sukar dan memerlukan pengguna menghubungkan peranti ke televisyen.

Apa pun, pihak Qualcomm dilihat menekankan ia masih dalam proses prototaip buat masa ini, dan tiada maklumat lanjut mengenai perancangan mereka untuk pemasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd