Ura – Ura GTA San Andreas Bakal Ke Platform PS3 Dan Xbox 360

Ura – Ura GTA San Andreas Bakal Ke Platform PS3 Dan Xbox 360

Diterbitkan pada Okt 23, 2014 oleh .

Permainan dunia terbuka paling popular dan terbaik bagi kami ialah dari siri Grand Theft Auto. Terdapat 15 versi dan kandungan muat turun dihasilkan sejak  1997 dan 150 juta naskah permainan video ganas ini terjual. Tetapi jika bancian dilakukan di kalangan peminat, Grand Theft Auto San Andreas pastinya akan mendapat undian terbanyak sebagai versi GTA yang terbaik dihasilkan oleh Rockstar. Hari ini tersebar ura-ura GTA:SA versi Xbox 360 dan PlayStation 3 akan dihasilkan sempena ulang tahun ke 10 permainan video ini. Ura-ura ini muncul selepas beberapa senarai Xbox Achievements untuk Xbox 360 tertiris. Pihak Rockstar masih belum mengesahkan ataupun menidakkan ura-ura ini. Sebagai seorang peminat GTA yang agak kecewa dengan GTA V kami mahu ura-ura ini menjadi realiti. Antara sebab utama kami rasakan San Andreas adalah GTA terbaik ialah ia membenarkan anda menetapkan saiz tubuh watak CJ. Terdapat mekanisma makan untuk hidup,  peta yang mempunyai lebih banyak variasi dan kemampuan minum kopi panas selepas temu janji dengan kekasih. Kami berharap jika GTA:SA dihasilkan untuk versi PS3/Xbox 360 resolusi boleh dinaikkan serta grafik diperbaiki seperti versi aplikasi mobil.  Seperti kata-kata CJ, Grove Street For Life!

GTA-SA

 


TIPS & ULASAN