Lensa Kamera QX-30 Daripada Sony Berharga RM1299 Di Malaysia

Lensa Kamera QX-30 Daripada Sony Berharga RM1299 Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 23, 2014 oleh .

Sony pada IFA 2014 yang lepas telah memperkenalkan dua variasi lensa-kamera mereka, iaitu QX1 dan juga QX30. Sebelum ini, Sony telah pun memulakan penawaran QX1 dengan sokongan lensa boleh-ubah pada harga RM1399 di Malaysia, dan kini mereka turut menawarakn QX-30 di Malaysia.

Sony Cybershot QX30

Sony Cybershot QX30

Lensa QX30 merupakan penambah-baikkan kepada lensa kamera yang telah ditawarkan sebelum ini. Ia hadir dengan lensa Sony G, dan dilengkapi dengan sensor CMOS 20.4-megapixel.

Seperti biasa, pengguna boleh menghubungkan ia kepada peranti Android dan iOS, dan merakamkan gambar yang lebih jelas menggunakannya. Selain gambar, pengguna turut boleh merakamkan video HD penuh menggunakan lensa-kamera ini.

Di Malaysia, ia akan ditawarkan pada harga RM1299. Melalui pertanyaan kami, stok untuknya masih terhad, dan tidak ditawarkan secara meluas buat masa ini.


TIPS & ULASAN