Pernahkah anda kembali ke rumah dan ingin minum air kopi panas tetapi tiada air panas? Ini mengakibatkan anda terpaksa meminum air sejuk dan akhirnya batuk selama dua minggu? Pernahkah anda juga dimarahi isteri kerana lupa memanaskan air untuk bancuhan susu anak yang sedang menangis kerana lapar? Kami tak pernah kerana kami bukan pelupa tetapi kami pernah dengar cerita seperti di atas berlaku kepada teman-teman kami. Kepada yang pernah dimarahi kerana terlupa membuat air panas iKettle ialah cerek elektrik yang akan menyelesaikan masalah domestik anda. Cerek elektrik pintar ini boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi khas. Setakat ini ia menyokong peranti Android dan juga IOS. Melaluinya anda boleh menetapkan suhu air kepada 65, 80, 90 ataupun 100 darjah celsius. Terdapat juga fungsi automasi yang akan memanaskan air pada waktu-waktu yang anda ditetapkan sendiri oleh pengguna. Terdapat lima pilihan warna yang boleh dipadankan kepada skema warna dapur anda. Cerek elektrik pintar dengan kapasiti 1.8 liter ini dijual pada harga RM 526 sebuah. Sebuah lagi barangan pintar yang akan memudahkan kehidupan seharian kita.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.
dengan akaun AmanzMe anda untuk komen.