ZTE “Smartwatch 2.0” Akan Hadir Pada Awal Tahun Hadapan

ZTE “Smartwatch 2.0” Akan Hadir Pada Awal Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Okt 23, 2014 oleh .

ZTE selain daripada mempunyai telefon pintar, mereka turut menawarkan beberapa peranti lain, termasuk telah memperkenalkan jam tangan pintar pada tahun ini. Bercakap mengenainya pada pelancaran telefon pintar di Malaysia sebentar tadi, pihak ZTE dilihat tidak mempunyai sebarang perancangan untuk memperkenalkan ia di Malaysia buat masa ini.

ZTE Malaysia Oktober

Apa pun, pihak ZTE mengatakan yang mana mereka akan memperkenalkan kemaskini kepada keluarga jam tangan pintar mereka, dengan “Smartwatch 2.0” pada suku pertama 2015 kelak.

Selain daripada jam tangan pintar, pihak ZTE turut mengatakan yang mana mereka bakal hadir dengan kemaskini untuk keluarga Nubia pada tempoh yang sama.

Tiada sebarang tarikh khusus diberikan, namun mungkin kita boleh menyasarkan ia diperkenalkan sekitar acara MWC 2015 kelak.


TIPS & ULASAN