Ubuntu 14.10 Utopic Unicorn Dilancarkan – Menyertakan Kemaskini Aplikasi Dan Sekuriti

Ubuntu 14.10 Utopic Unicorn Dilancarkan – Menyertakan Kemaskini Aplikasi Dan Sekuriti

Diterbitkan pada Okt 23, 2014 oleh .

UbuntuCanonical hari ini secara rasminya telah pun memperkenalkan sistem operasi generasi terbaru mereka, iaitu Ubuntu 14.10 yang turut dikenali dengan nama kod Utopic Unicorn. Bersama-sama dengannya, Ubuntu 14.10 membawakan pelbagai perubahan, termasuk kemaskini kepada kernel Linux 3.16.

Pihak Canonical mengatakan yang mana melalui Ubuntu 14.10, ia membawakan sokongan kepada aplikasi baru, disamping menambah sokongan untuk para pembangun, selain sekuriti yang lebih baik berbanding sistem lain.

Seperti pada setiap kemaskini, Ubuntu 14.10 menyertakan perisian versi terbaru, termasuk LibreOffice, Firefox, Chromium, Ryhtmbox, dan pelbagai yang lain. Pihak Canonical turut melengkapkan fungsi memainkan Netflix pada Chrome pada kemaskini ini, tetapi memandangkan kita di Malaysia tidak menerima sokongan rasmi Netflix, mungkin ia tidak begitu berguna.

Dari segi sokongan, pihak Ubuntu turut menambah baik sokongan untuk Power8 dan ARM64, selain sokongan grafik untuk NVIDIA dan juga AMD. Perkara ini dibawakan oleh kernel Linux 3.16, yang mana turut menyertakan penambah-baikkan penawaran untuk audio.

Untuk para pembangun, pihak Ubuntu turut menyertakan Ubuntu Developer Tools Centre pada Ubuntu 14.10 ini, membolehkan pembangunan di Ubuntu lebih mudah. Ia terutamanya memfokuskan kepada pembangunan Android, dimana para pembangun boleh memuat-turun toolkit untuk Android dengan pantas. Pihak Canonical mengatakan ia akan turut menyokong platform lain termasuk Go dan Dart tidak lama lagi.

Ubuntu Dev

Bersama-sama pelancaran Ubuntu 14.10, pihak Canonical turut berkongsi mengatakan yang mana mereka melihat perkembangan yang sihat dari segi kerjasama OEM di rantau Asia Tenggara.

Pelbagai variasi Ubuntu yang lain turut dikemaskini dengan pelancaran ini kepada versi 14.10, termasuk versi khusus untuk China, dinamakan Ubuntu Kylin.

Pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Ubuntu 14.10 secara percuma hari ini, dan menggunakannya dalam penggunaan komputer harian.

Muat-Turun Ubuntu Linux untuk Desktop


TIPS & ULASAN