Google Bakal Menyediakan Kedai Khusus Untuk Menjual Modul Dan Komponen Project Ara

Google Bakal Menyediakan Kedai Khusus Untuk Menjual Modul Dan Komponen Project Ara

Diterbitkan pada Okt 23, 2014 oleh .

Google sejak setahun yang lepas telah memfokuskan kepada pembangunan telefon modular dibawah nama “Project Ara”. Mereka telah berkongsi beberapa perkembangan mengenainya sebelum ini, dan hari ini pihak Google berkongsi mengatakan mereka kelak akan menyediakan sebuah marketplace khusus untuk menjual komponen dan modul Project Ara.

Bagi yang tidak mengenali akan Project Ara, ia merupakan salah satu projek daripada Google yang ingin memudahkan pengguna untuk menggantikan komponen dan modul pada telefon pintar mereka tanpa perlu menukar kepada peranti baru. Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan kamera dengan sensor rakaman 13-megapixel, maka anda hanya perlu mendapatkan sensor tersebut dan memasangnya pada peranti anda. Secara kasar, ia berfungsi sebagaimana pengguna menaik-taraf desktop dengan komponen terbaru.

Melalui marketplace ini, ia akan berfungsi seumpama Google Play Store, dimana pengguna boleh membeli modul dan komponen terus daripadanya, dan memasang pada peranti mereka.

Buat masa ini, Project Ara masih lagi pada peringkat pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah akan ditawarkan kepada pengguna umum secara rasminya.


TIPS & ULASAN