PS4 System Software 2.0 Akan Hadir Pada 28 Oktober – Menyertakan Fungsi Berkongsi Permainan

PS4 System Software 2.0 Akan Hadir Pada 28 Oktober – Menyertakan Fungsi Berkongsi Permainan

Diterbitkan pada Okt 24, 2014 oleh .

Sony telah berkongsi mengenai beberapa fungsi baru yang akan hadir ke PlayStation 4 sejak beberapa bulan yang lepas, dan hari ini melalui Twitter, pihak Sony berkongsi mengatakan yang mana kemaskini tersebut akan ditawarkan bermula 28 Oktober kelak.

PS4 Masamune

Melalui kemaskini yang dinamakan sebagai PS4 System Software 2.0, ia menyertakan pelbagai fungsi baru, dan menjadi fokus adalah Share Play. Menggunakannya, anda boleh membenarkan kawan-kawan anda memainkan permainan anda tanpa memerlukan mereka membelinya terlebih dahulu.

Selain itu, Sony akan turut menyertakan sokongan USB Music Player, membolehkan pengguna memainkan muzik pada latar ketika memainkan permainan dengan hanya menghubungkan pemacu USB ke PS4 anda. Ia akan menyokong format MP3, MP4, M4A, dan 3GP ketika pengenalan.

PS4 Masamune

Beberpaa fungsi lain yang akan turut disertakan adalah termasuk fungsi menambah tema ke PlayStation 4, aplikasi YouTube, fungsi kawalan suara yang ditambah-baik, dan beberapa fungsi yang lain.

Bagi mereka yang memiliki PlayStation 4, anda mungkin boleh menyediakan konsol anda untuk kemaskini ini pada 28 Oktober ini.


TIPS & ULASAN