Permainan Bike Baron Ditawarkan Percuma Untuk Waktu Terhad

Permainan Bike Baron Ditawarkan Percuma Untuk Waktu Terhad

Diterbitkan pada Okt 24, 2014 oleh .

Bike BaronBagi pengguna iPhone dan iPad, mungkin anda sedia mengenali salah satu permainan seumpama Hill Climb Racing, dinamakan sebagai Bike Baron. Kini, bersempena ulang-tahunnya, pihak pembangunnya menawarkan permainan tersebut secara percuma untuk tempoh terhad.

Melalui Bike Baron, ia menawarkan permainan dengan sedikit elemen fizik, memerlukan pengguna untuk mengawal dengan menekan minyak atau tekan brek. Berbanding dengan Hill Climb Racing, permainan ini boleh dikatakan membawakan grafik yang lebih cantik dan menarik untuk dimainkan.

Bagi pengguna iPhone dan iPad yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma untuk tempoh terhad ini.

Muat-Turun Bike Baron untuk iPhone


TIPS & ULASAN