Pixelmator merupakan salah satu aplikasi penyuntingan popular pada Mac, dan kini pembangunnya turut sama hadir dengan sebuah aplikasi khusus untuk iPad, sekaligus membolehkan pengguna membuat suntingan menggunakan tablet Apple tersebut.
PixelMator untuk iPad menyertakan fungsi seperti menambah penuras, menambah teks, dan membuat penyuntingan gambar yang lain seperti menambah stroke, dan retouch gambar. PixelMator untuk iPad turut menyertakan fungsi mewarna yang agak menarik, disamping dilengkapi dengan sokongan color correction. Untuk mereka yang inginkan penyuntingan pada peringkat lebih mendalam, ia turut membolehkan membuat layer dan menyuntingnya.
Menggunakan PixelMator ini juga anda boleh membuka fail berbentuk PSD, JPG, PNG dan juga PDF. Menurut pembangunnya, mereka telah merekabentuk aplikasi ini khusus untuk iOS8 dan iPad, menggunakan pelbagai kelebihan yang ditawarkan untuk iOS8, selain mengaplikasikan penggunaan 64-bit pada aplikasi ini.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun PixelMator untuk iPad ini pada harga $4.99 dari AppStore hari ini.
- Muat-Turun PixelMator untuk iPad