Pisau Siluman Assassin’s Creed Unity Kini Boleh Anda Miliki

Pisau Siluman Assassin’s Creed Unity Kini Boleh Anda Miliki

Diterbitkan pada Okt 24, 2014 oleh .

Setiap permainan video aksi mempunyai senjata ikoniknya sendiri. Half Life terkenal dengan Gravity Gun, Quake dengan BFG dan Assassin’s Creed terkenal dengan pisau siluman.  Hanya salah satu daripada senjata ini boleh anda miliki di dunia sebenar. Ubisoft dan McFarlane Toys akan menjual replika senjata Phantom Blade bermula 28 Oktober ini. Ia adalah replika kepada senjata yang dipakai Arno Dorian, watak utama Assassin’s Creed Unity. Selain mempunyai pisau tersembunyi, senjata ini juga boleh menembak anak panah kecil. Ini bukanlah replika pertama yang dihasilkan oleh Ubisoft buat peminat kerana pada tahun lalu mereka ada menjual pisau siluman versi Edward Kenway dari permainan Assassin’s Creed IV Black Flag. Kepada peminat yang suka mengumpul memoribilia pisau siluman ini pastinya ingin anda miliki. Harga jualan adalah sekitar RM 196 sebuah. Hanya sebilangan kecil replika ini akan dihasilkan jadi segeralah melakukan tempahan sebelum kehabisan stok.

Phantom-Blade-Assassins-Creed-Unity


TIPS & ULASAN