Cari @ Amanz

Spesifikasi Assassin’s Creed Unity Untuk Pengguna PC Diumumkan

Link Copied!

Assassins-Creed-Unity-2

Bulan Oktober juga dikenali sebagai Broketober di kalangan peminat permainan video kerana lambakan permainan baru yang memasuki pasaran. Shadow of Mordor, The Evil Within dan Alien Isolation ialah tiga permainan komputer yang sudah mula dijual. Pada asalnya Assassin’s Creed Unity akan dijual pada 28 Oktober ini tetapi akibat beberapa masalah teknikal ianya dilewatkan kepada 11 November hadapan. Hari ini spesifikasi PC minimum untuk permainan ini diumumkan dan ianya adalah agak tinggi jika dibandingkan dengan spesifikasi minimum Call of Duty Advanced Warfare. JIka anda tidak memiliki spesifikasi yang disarankan anda masih mempunyai dua minggu untuk menambah baik perkakasan komputer anda. Kami sendiri memerlukan pemproses dan kad grafik yang lebih baik. Bagaimana pula dengan anda? Adakah spesifikasi paling minimum Unity ini berjaya dicapai oleh PC anda?

Spesifikasi Assassin’s Creed Unity PC
Pemproses Paling Minimum Intel Core i5-2500K @ 3.3 GHz atau AMD FX-8350 @ 4.0 GHz atau AMD Phenom II x4 940 @ 3.0 GHz
Pemproses Disarankan Intel Core i7-3770 @ 3.4 GHz atau AMD FX-8350 @ 4.0 GHz
Kad Grafik Paling minimum NVIDIA GeForce GTX 680 atau AMD Radeon HD 7970 (2 GB VRAM)
Kad Grafik Disarankan NVIDIA GeForce GTX 780 atau AMD Radeon R9 290X (3 GB VRAM)
RAM Paling Minimum 6 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan 50 Gigabyte
Sistem Operasi Windows 7 SP1, Windows 8/8.1  64 Bit

Sumber Ubisoft


Komen ()