Cari @ Amanz

Moto G (2014) Di Jual Di Malaysia Bermula Esok – Berharga RM688 Untuk 8GB

Oleh Aman

Link Copied!

Motorola telah memperkenalkan kemaskini peranti Moto G bulan September yang lepas, dan hari ini ia dikongsikan yang mana peranti tersebut akan hadir ke pasaran tempatan dan dijual bermula esok – 25 Oktober.

Moto G baru ini hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan pada resolusi 1280×720 pixel, cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel. Disamping itu, ia turut dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat, dan akan menjadi antara peranti terawal menerima Lolipop. Ia turut hadir dengan ruangan mikro-SD yang boleh menyokong sehingga 32GB, dan pihak Motorola mengatakan baterinya tahan sehingga sehari. Moto G ini akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih di Malaysia, selain menawarkan sokongan mengubah kerangka belakang mengikut corak kegemaran pengguna.

Moto G 2014

Moto G 2014 turut dilengkapi dengan sokongan audio yang lebih baik, dengan dwi-speaker pada bahagian hadapan, selain turut dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM untuk versi pasaran tempatan. Di Malaysia, versi 8GB akan dijual pada harga RM688 dan ditawarkan bermula esok – 25 Oktober 2014. Versi yang dijual tempatan hanya 3G, dan tidak diketahui bilakah versi LTE akan menyusul.


Komen ()