Cari @ Amanz

LINE sebelum ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi khusus merakamkan selfie dinamakan sebagai B612 untuk iOS. Kini, aplikasi tersebut turut diperluaskan untuk digunakan oleh para pengguna peranti Android.

LINE B612

Aplikasi B612 memfokuskan kepada selfie semata-mata, dimana membolehkan anda merakamkan gambar menggunakan kamera hadapan, dan pihak LINE turut menawarkan kebolehan untuk memilih gambar yang disukai sahaja untuk disimpan pada peranti. Untuk tujuan penuras gambar, LINE menyediakan sejumlah 53 penuras efek berbeza, dan turut membolehkan anda membuat gambar kolaj menggunakannya.

Untuk pengguna yang gemarkan selfie, anda boleh memuat-turun aplikasi B612 ini secara percuma daripada Google Play Store, dan menggunakannya dalam menguruskan rakaman selfie anda dengan lebih profesional lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd