Cari @ Amanz

Lanjutan daripada laporan sebelum ini, hari ini melalui laman rasmi, pihak Microsoft mengesahkan yang mana mereka akan melakukan perubahan daripada nama Nokia Lumia ke Microsoft Lumia tidak lama lagi.

Microsoft Lumia

Perkara ini lanjutan daripada penjenamaan semula web, dan laman sosial mereka, dimana pihak Microsoft turut mengatakan mereka akan memperkenalkan sebuah peranti Microsoft Lumia yang baru tidak lama lagi.

Microsoft mengatakan jualan peranti sedia ada akan diteruskan dibawah nama Nokia Lumia, dan mereka akan meneruskan sokongan jaminan dan kemaskini seperti biasa, dan penjenamaan semula ini mengambil kesan kepada produk baru kelak.

Apa pun, Microsoft turut menekankan yang mana jenama Nokia akan terus digunakan oleh mereka, untuk peranti asas, seperti Nokia 130 dan sebagainya – iaitu peranti berasaskan platform Asha dan Series-40.

Microsoft Lumia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd