Cari @ Amanz

Dengan pengumuman Android 5.0 Lolipop oleh Google dua minggu lepas, semestinya kini menjadi perlumbaan oleh para pengeluar peranti untuk memperkenalkan kemaskini, dan menarik minat pengguna terhadap jenama mereka. Samsung buat masa ini masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi, tetapi laporan baru hadir mengatakan ia dijadualkan untuk diperkenalkan pada Disember ini.

Android 5.0 Lolipop membawakan perubahan drastik untuk antaramuka, dengan fokus terhadap antaramuka yang selari untuk pelbagai saiz skrin. Disamping itu, beberapa penambah-baikkan turut hadir dengan fokus terhadap bateri, sokongan pemprosesan 64-bit, dan penggunaan ART.

Apa pun, untuk Samsung, mereka akan kekal menggunakan TouchWiz disebalik Android 5.0 Lolipop, dan mungkin kita akan dapat melihat beberapa perubahan elemen daripada Samsung. Sebelum ini versi pembangunan awal telah diperlihatkan yang membawakan sedikit perubahan pada TouchWiz daripada Samsung.

Sony dan HTC telah sedia mengumumkan bakal menawarkan kemaskini untuk peranti mereka dalam dua tiga bulan lagi, dan dengan Samsung yang kini dilaporkan akan memperkenalkan ia seawal Disember, mungkinkah Samsung akan menarik minat pengguna peranti Android?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd