Mari Tonton iPad Air 2 Melalui Ujian Bengkok

Mari Tonton iPad Air 2 Melalui Ujian Bengkok

Diterbitkan pada Okt 24, 2014 oleh .

Dulu, salah satu ujian yang sering dilakukan apabila pengenalan peranti baru adalah drop-test atau ujian jatuh. Namun, sejak pengenalan iPhone 6, dan dengan kes peranti yang mudah bengkok dalam dalam seluar, ujian membengkok akan peranti turut telah menjadi popular.

Terkini, hari ini dengan permulaan jualan iPad Air 2, ramai yang semestinya nantikan video ujian bengkok, dan kini beberapa video telah hadir ke YouTube.

Daripada apa yang hadir, dan seperti yang dijangkakan, tablet dengan ketebalan hanya 6.11mm ini boleh dibengkok menggunakan tangan. Tetapi jikalau dilihat dari segi situasi, memandangkan iPad sering diletak pada beg dan bukannya poket, maka ia mungkin tidak memberikan kesan kepada pengguna.

Pada masa yang sama, melalui satu lagi video, ujian yang sama dilihat memperlihatkan ketahanan iPad Air 2 yang lebih baik pada bahagian belakang berbanding daripada apabila tekanan dikenakan pada bahagian skrin.


TIPS & ULASAN