Teaser Baru Oppo Memperlihatkan Peranti Lain Selain Oppo N3 Turut Akan Dilancarkan

Teaser Baru Oppo Memperlihatkan Peranti Lain Selain Oppo N3 Turut Akan Dilancarkan

Diterbitkan pada Okt 24, 2014 oleh .

Oppo telah sedia memperlihatkan beberapa teaser untuk peranti Oppo N3 mereka – daripada sokongan kamera boleh berputar automatik, sehinggalah sokongan pengimbas cap jari. Terkini, melalui sebuah gambar baru yang dikongsikan, mereka turut memperlihatkan yang mana kemungkinan akan melancarkan dua peranti pada tarikh sama.

Oppo N3 Teaser

Beberapa spekulasi sebelum ini sedia mengatakan yang mana pihak Oppo akan hadir dengan beberapa variasi Oppo N3 – seperti dari segi binaan dan spesifikasi. Tetapi daripada gambar yang diperlihatkan ini, ia kelihatan agak berbeza dengan gambar Oppo N3.

Oppo N3

Secara kasar, ia boleh dikatakan serba sedikit menyerupai salah satu gambar peranti yang tertiris sebelum ini. Mengikut spekulasi awal, ia berkemungkinan akan menjadi telefon pintar paling nipis didunia daripada Oppo, dan dijana menggunakan cip MediaTek.

Info lanjut mengenainya tidak diketahui lagi, dan dengan tarikh 29 Oktober hanya tinggal kurang seminggu lagi, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai Oppo ini.


TIPS & ULASAN