LG Menyertai Arena Pengeluran Cip Pemprosesan Dengan Cip Lapan-Teras Nuclun

LG Menyertai Arena Pengeluran Cip Pemprosesan Dengan Cip Lapan-Teras Nuclun

Diterbitkan pada Okt 25, 2014 oleh .

LG NuclunPengeluar cip terkemuka seperti Qualcomm dan MediaTek sedia mempunyai ramai pelanggan mereka, seperti LG, Samsung, dan sebagainya. Tetapi, perkara ini tidak menghentikan syarikat pengeluar peranti sendiri hadir dengan cip pemprosesan tersendiri. Jikalau Samsung mempunyai cip Exynos, kini rakan senegara mereka, LG hadir dengan cip mereka yang dinamakan Nuclun.

Cip LG Nuclun yang pertama diumumkan oleh LG ini adalah cip lapan-teras, dimana ia direkabentuk berasaskan kepada ARM big.LITTLE. Melaluinya, ia mengabungkan dua cip empat-teras, dan pihak LG mengabungkan cip empat-teras 1.5GHz A15 dan juga cip empat-teras 1.2Ghz A7 untuk cip LG pertama ini.

LG Nuclun ini menyertakan sokongan untuk rangkaian 4G LTE. Peranti pertama yang akan menggunakan cip pemprosesan ini adalah LG G3 Screen.

LG G3 Screen ini hadir dengan skrin bersaiz 5.9-inci HD penuh IPS, memori 2GB RAM, ruangan storan 32GB, kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan OIS, dan kamera hadpan 2.1-megapixel. Memandangkan pihak LG seperti kurang memberikan perhatian kepada pasaran mudah-alih di Malaysia, berkemungkinan kita tidak akan melihat peranti ini memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN