Larry Page Dilaporkan Melantik Sundar Pichai Untuk Mengetuai Hampir Kesemua Produk Google

Larry Page Dilaporkan Melantik Sundar Pichai Untuk Mengetuai Hampir Kesemua Produk Google

Diterbitkan pada Okt 25, 2014 oleh .

Sundar Pichai merupakan ketua produk pelayar web Chrome, yang mana telah menambah beberapa portfolio dibawah mereka, termasuk Android. Kini, laporan awal hadir, mengatakan CEO Google, iaitu Larry Page telah melantik Sundar Pichai untuk mengetuai hampir kesemua produk dibawah Google.

Sundar Pichai dilaporkan bakal memantau pembangunan carian, peta, Google+, edaagang, pengiklanan, infrastruktur, dan kajian. Dengannya, kini semua ketua produk akan melaporkan perkembangan kepada Sundar Pichai berbanding melaporkan ia kepada Larry Page seperti sebelum ini.

Perubahan cara pentadbiran pada Google ini juga dikatakan akan membolehkan Larry Page lebih memfokuskan kepada beberapa perkara baru berbanding sebelumnya. Larry Page bakal terus memantau beberapa perkhidmatan dan produk, termasuk Nest, Calico, Google X, dan urusan pentadbiran lain.

Jawatan Sundar Pichai masih menggunakan nama yang sama buat masa ini, tetapi dari segi kedudukan, beliau kini dikatakan menduduki tempat ketiga di Google – semestinya dibelakang dua orang pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin.

Dengan Chrome dan Android yang telah melalui fasa penyatuan sedikit demi sedikit, semestinya ia sesuatu yang menarik untuk melihat bagaimana Sundar Pichai akan menyatukan dan mengintegrasikan pelbagai produk dibawah Google.


TIPS & ULASAN