Cari @ Amanz

Yes merupakan salah satu penyedia rangkaian telekomunikasi mudah-alih, dimana mereka memfokuskan kepada penawaran data. Mereka sedia menawarkan beberapa peranti dibawah mereka, dan pada tahun ini, mereka masih tidak mengeluarkan sebarang produk baru.

Dongle Yes Baru

Mengikut maklumat awal yang kami terima, Yes dilihat sedang menguji sebuah dongle mudah-alih baru yang akan ditawarkan sebagai alternatif untuk Yes Huddle XS.

Dongle baru ini dilihat membawakan saiz sedikit besar, tetapi masih kekal nipis, dan membolehkan pengguna menghubungkan sehingga lima peranti menggunakannya.

Dongle Yes Baru

Yang menjadi fokus utama pada dongle baru ini adalah masa bertahan baterinya, dimana ia menyokong masa bertahan sehingga 12 jam, sekaligus membolehkan anda menggunakan ia tanpa sebarang masalah ketika berada di luar. Yes Huddle XS sebelum ini membawakan masa bertahan sehingga 6 jam sahaja, dan versi baru ini menggandakan penggunaannya.

Masih tidak diketahui lagi bilakah Yes akan mengumumkan dongle baru ini secara rasmi, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd