Eksekutif Google Terjun Dari Angkasa – Memecahkan Rekod Felix Baumgartner

Eksekutif Google Terjun Dari Angkasa – Memecahkan Rekod Felix Baumgartner

Diterbitkan pada Okt 25, 2014 oleh .

Masihkah anda ingat 2 tahun lalu terjunan dari angkasa yang dilakukan oleh Felix Baumgartner? Bagi anda yang bersengkang mata pada hari tersebut semestinya ingat akan terjunan yang bersejarah tersebut. Kelmarin, rekod Felix Baumgartner telah dipecahkan oleh Alan Eustace, Naib Presiden berkaitan llmu dari Google.

Terdapat beberapa rekod yang telah dicipta oleh Alan Eustace. Antaranya beliau telah melakukan terjunan tertinggi dari angkasa, iaitu sekitar 135,000 kaki daripada tanah. Beliau juga telah mencapai kelajuan 822 mph ( 1321 KM/j ) semasa terjunan tersebut sekaligus memecahkan rekod Felix Baumgartner. Beliau juga dilaporkan tidak mengalami sebarang pusingan dan masalah sewaktu terjunan, dan ia berbeza dengan Felix yang dilaporkan berpusing sewaktu melakukan terjunan.

1414178008495_wps_14_Parachutist_s_Record_Brea

Bagi tujuan untuk naik ke angkasa, Alan menggunakan belon helium tanpa kapsul perseorangan, satu perkara yang berbeza dengan Felix. Terjunan yang dilakukan ini adalah hasil usahasama Alan bersama Paragon Space Development Corporation dengan pasukan StratEx (Stratospheric Explorer) dalam mengkaji kegunaan ruang Stratosfera bumi dan membangunkan sut khusus untuk tujuan penerokaan tersebut. Berbanding dengan penerokaan dasar laut, ruang angkasa dilihat tidak diteroka dengan begitu mendalam.

Mungkinkah selepas ini kelak lebih banyak terjunan akan dilakukan bagi tujuan kajian ruang angkasa Stratosfera? Kami harap terdapat inisiatif yang sama dilakukan oleh agensi tempatan berkaitan ruang angkasa ini.


TIPS & ULASAN