Lenovo Menyenaraikan Gelang Tangan Pintar Pada Web – Pelancaran Semakin Hampir?

Lenovo Menyenaraikan Gelang Tangan Pintar Pada Web – Pelancaran Semakin Hampir?

Diterbitkan pada Okt 25, 2014 oleh .

Lenovo SmartbandPada tahun ini, pelbagai jenama menyertai arena peranti boleh-pakai, dan hadir dengan gelang tangan pintar dan juga jam tangan pintar. Terkini, tidak ingin ketinggalan dalam perlumbaan sama, pihak Lenovo dilihat akan melancarkan Smartband SW-B100 tidak lama lagi.

Melalui apa yang dilihat, ia membawakan gelang tangan pintar dengan skrin LED, memaparkan masa padanya. Disamping itu, kita juga dapat melihat beberapa fungsi asas lain seperti menjejak bilangan dan jarak perjalanan, memantau ketika tidur, dan memberikan notifikasi sekiranya anda menerima SMS atau panggilan.

Disamping fungsi menyerupai gelang tangan pintar lain, pihak Lenovo juga turut akan menawarkan fungsi untuk mengakses komputer menggunakannya, dimana anda hanya perlu mendekatkan tangan ke komputer anda, dan boleh log masuk ke komputer ketika memakainya – tanpa memerlukan kata laluan.

Pihak Lenovo masih belum mengumumkan ia secara rasminya lagi, dan ia hanya sekadar disenaraikan pada web mereka. Berkemungkinan kita akan dapat melihat ia dilancarkan secara rasminya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN