Twitpic Memberi Domain Kepada Twitter – Arkib Gambar Boleh Terus Diakses

Twitpic Memberi Domain Kepada Twitter – Arkib Gambar Boleh Terus Diakses

Diterbitkan pada Okt 26, 2014 oleh .

TwitpicTwitpic sebelum ini merancang untuk mematikan perkhidmatan mereka pada 25 Oktober. Namun, selepas pelbagai perbincangan, kini mereka mengatakan yang mana mereka telah memberikan data dan kandungan, serta domain Twitpic kepada pihak Twitter untuk terus menyimpannya.

Perkara ini bermaksud pengguna akan terus boleh mengakses perkhidmatan Twitpic untuk melihat gambar, selain gambar sedia ada tidak akan dipadam oleh sistem.

Pengguna seperti biasa boleh mengakses laman tersebut, dan menguruskan akaun mereka. Apa pun, tiada sebarang penerbitan gambar baru disokong. Sebaliknya, pengguna hanya boleh memuat-turun data mereka, dan memadam gambar yang diterbitkan mereka.

Pihak Twitpic juga telah membuang aplikasi Android dan iOS mereka daripada kedai aplikasi, dan tidak lagi akan disokong selepas ini.


TIPS & ULASAN