Sony Memperlihatkan Sokongan Berkongsi Permainan Dengan Pemain Lain Di PS4

Sony Memperlihatkan Sokongan Berkongsi Permainan Dengan Pemain Lain Di PS4

Diterbitkan pada Okt 26, 2014 oleh .

Sony bakal memperkenalkan kemaskini PS4 System Software 2.0 pada minggu ini, dan salah satu fungsi baru yang hadir bersama-sama dengannya ialah Share Play, membolehkan pengguna untuk berkongsi permainan dengan rakan lain, walaupun rakan mereka tidak membeli sesuatu permainan tersebut.

Melalui fungsi ini pengguna boleh memberikan akses kepada rakan anda yang lain untuk memainkan sesuatu permainan walaupun mereka tidak memilikinya, ataupun menawarkan mereka untuk memainkan permainan sebagai pemain kedua (seperti dalam permainan FIFA dan lain-lain).

Apa pun, perkara ini turut mempunyai beberapa hadnya, dimana setiap sesi hanya dihadkan kepada 60 minit sahaja, dan sesi baru perlu dimulakan selepas tempoh tersebut. Pada masa yang sama, kedua-dua pemain diperlukan mempunyai langganan kepada PlayStation Plus sebelum dapat menggunakan fungsi ini. Untuk mengelakkan sebarang lengah masa dan sebagainya, kedua-dua pihak juga perlu mempunyai akses internet untuk menggunakan fungsi ini.

Pihak Sony dijangka akan menawarkan kemaskini 2.0 ini bersama-sama beberapa fungsi yang lain pada minggu ini kepada pengguna PlayStation 4.


TIPS & ULASAN