Kerentanan Pada PowerPoint Ditemui – Berhati-Hati Ketika Membuka Failnya Daripada Mereka Yang Tidak Dikenali

Kerentanan Pada PowerPoint Ditemui – Berhati-Hati Ketika Membuka Failnya Daripada Mereka Yang Tidak Dikenali

Diterbitkan pada Okt 26, 2014 oleh .

PowerPointPelbagai jenis kerentanan pada sistem telah ditemui pada tahun ini, dan terkini sebuah kerentanan melibatkan penggunaan PowerPoint ditemui, membolehkan pengodam atau pihak ketiga menggunakannya dalam menyerang dan mengakses komputer pengguna.

Pihak Microsoft mengatakan kerentanan ini melibatkan penggunaan OLE (Object Linking and Embedding) yang digunakan pada PowerPoint. Fungsi OLE ini membolehkan pengguna untuk mengintegrasikan data daripada perisian lain – sebagi contoh daripada Excel. Walaupun fungsi tersebut telah disertakan sekian lama, kerentanan ini baru sahaja ditemui.

Dengan menggunakan kerentanan ini, penyerang atau pengodam boleh mengakses komputer pengguna, melihat data atau memasang perisian yang tidak diingini pada komputer pengguna.

Pihak Microsoft menasihatkan supaya pengguna berhati-hati ketika memuat-turun fail PowerPoint daripada mereka yang tidak dikenali ataupun daripada web.

Microsoft turut menasihatkan pengguna untuk mengaktifkan sokongan User Account Control (yang mana biasanya diaktifkan pada semua komputer, dimana ia akan meminta kata laluan pentadbir apabila anda membuat sebarang perubahan atau memasang perisian pada komputer anda. Microsoft turut menyediakan beberapa langkah yang boleh digunakan pengguna untuk mengelak perkara ini pada halaman rasmi mereka.


TIPS & ULASAN