Cari @ Amanz

Dibeberapa lokasi dengan penawaran ruangan letak kereta yang sedikit, salah satu masalah yang sering dihadapi adalah masalah double-parking. Kadang-kala pemandu kereta yang menghalang terlupa untuk tinggalkan informasi sekaligus menyukarkan anda untuk mengalihkan kereta untuk keluar.

Untuk mengatasi perkara ini, sebuah aplikasi baru yang hadir adalah DoubleParkr. Menggunakannya, pengguna boleh menerima notifikasi apabila pemandu kereta asal kembali, sekaligus membolehkan anda hadir dengan cepat untuk mengalihkan kereta.

Pembangunnya dengan kerjasama Petronas turut menawarkan pelekat khusus untuk kereta dalam bentuk kod QR, dimana ia boleh digunakan untuk diimbas dan menghantar notifikasi kepada pemilik kenderaan yang lain. Menariknya, bagi pemandu lain yang kereta terhalang, anda tidak memerlukan aplikasi tersebut dipasang untuk menghantar notifikasi – sebaliknya ia dihantar menggunakan pelayar web.

Buat masa ini, aplikasi DoubleParkr hanya disediakan untuk pengguna iPhone sahaja, dan mungkin akan diperluaskan kepada Android tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd