Aplikasi YouTube Pada Android Lolipop Tidak Memberikan Pengguna Untuk Merakamkan Skrin

Aplikasi YouTube Pada Android Lolipop Tidak Memberikan Pengguna Untuk Merakamkan Skrin

Diterbitkan pada Okt 26, 2014 oleh .

Google telah memperkenalkan Android 5.0 Lolipop sejak beberapa minggu lepas, dan satu demi satu fungsi baru diketahui sejak daripada itu. Selain daripada fungsi baru, ia turut hadir dengan beberapa kekangan, dan salah satunya adalah pada aplikasi YouTube.

YouTube Android

Daripada apa yang dilihat, aplikasi YouTube tidak memberikan pengguna akses untuk merakamkan gambar skrin. Mungkin kadang-kala anda ingin merakamkan skrin sesuatu video yang sedang ditonton dan berkongsi dengan rakan lain, tetapi pada kemaskini Lolipop, sokongan tersebut dimatikan.

Perkara ini juga mungkin disebabkan oleh perlesenan kandungan dan sebagainya. Tetapi, fungsi tersebut dilihat turut memberikan kesan pada video yang dilabelkan dengan lesen Creative Commons.

Ia tidak diketahui sama ada kekangan ini hanya pada versi pembangunan Lolipop ini sahaja, ataupun ia akan diimplementasikan sepenuhnya pada versi akhir.


TIPS & ULASAN