SpeedSums Membolehkan Anda Menguji Kepantasan Kiraan Matematik Asas Anda

SpeedSums Membolehkan Anda Menguji Kepantasan Kiraan Matematik Asas Anda

Diterbitkan pada Okt 26, 2014 oleh .

Terdapat beberapa laman dan aplikasi yang menyediakan fungsi untuk ujian pantas matematik, dan terkini sebuah laman baru hadir dinamakan sebagai SpeedSums. Melaluinya, seperti pada nama, ia memfokuskan kepada ujian kiraan yang pantas, dan membolehkan anda mengetahui bagaimanakah prestasi kiraan matematik asas anda.

SpeedSums

Sebaik sahaja mengakses laman SpeedSums, anda akan diperlihatkan dengan kotak soalan, dan masa akan bermula sebaik sahaja anda menghantar jawapan untuk soalan pertama. Masa selama 30 saat disediakan, dan ia akan memberikan soalan yang terdiri daripada tambah, tolak, darab dan bahagi.

Kesemua soalan yang diberikan adalah soalan asas, sekaligus menjadikan permainan ini turut menarik untuk dimainkan oleh kanak-kanak.

Pengguna juga turut sama boleh menghubungkan akaun Facebook pada perkhidmatan ini, dan memantau skor anda, disamping bersaing dengan rakan-rakan anda yang lain.

Layari : SpeedSums


TIPS & ULASAN