Cari @ Amanz

Pada 9 Oktober yang lalu MAD Incubator telah mengadakan acara MSC Malaysia Technopreneur Open Day di USM Pulau Pinang. Kini untuk siri ketiga acara ini mereka bakal membawakan acara yang mempunyai pelbagai pengisian berkenaan dunia startup di MaGIC Cyberjaya pada 30 Oktober ini.

Seperti dengan acara Technopreneurs Open Day di Pulau Pinang, terdapat 3 kategori perkongsian ilmu yang berkaitan dengan industri kecil dan sederhana, perkongsian ilmu berkaitan teknologi dan trend semasa. Antara sesi menarik termasuklah penerangan dari Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia berkenaan tanggungjawab mereka dalam menyokong usahawan IT tempatan, perkongsian berkenaan Arduino dan Raspberry Pi untuk kegunaan perniagaan, bengkel penggunaan Google Marketing for Business, serta seminar berkenaan GST.

MaGic Cyberjaya 30 Oktober

Peserta juga berpeluang untuk mempelajari teknik analisis perniagaan, penerangan berkenaan dana pembangunan aplikasi mudah alih ICON 3 dari MDeC dan pelbagai lagi perkongsian yang semestinya membantu anda dalam arena startup.

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk menyertai acara ini di MaGIC Cyberjaya minggu ini, satu lagi tarikh seterusnya adalah pada 4 November 2014 di Casuarina, Bandar Meru Raya, Perak. Perlu diingatkan bagi hadirin yang berminat dengan acara Pitch & Qualify, anda perlu menghantar maklumat berkenaan startup anda di halaman ini dan pihak MAD Incubator akan memberikan maklumbalas mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd