Aplikasi Inbox Untuk Chrome Diperkenalkan – Memudahkan Akses Kepada Pengguna ChromeOS

Aplikasi Inbox Untuk Chrome Diperkenalkan – Memudahkan Akses Kepada Pengguna ChromeOS

Diterbitkan pada Okt 27, 2014 oleh .

Google pada minggu lepas telah melancarkan Inbox dalam bentuk web, aplikasi Android dan juga iPhone. Hari ini, mereka turut menambah penawaran mereka dengan hadir dengan sebuah aplikasi khusus untuk pengguna Chrome dan komputer riba ChromeOS.

Secara kasarnya, aplikasi ini masih tidak menawarkan sebarang fungsi khusus selain membawa pengguna kepada laman Google Inbox sahaja. Apa pun, pengenalan aplikasi ini mungkin berguna kepada pengguna ChromeOS, memandangkan ia akan menambah butang akses pantas untuk pengguna, dan menggunakannya sebagai aplikasi web seperti beberapa yang lain.

Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Google akan terus memperluaskan penawaran Inbox – selain daripada penggunaan berasaskan jemputan.

Untuk makluman, untuk menggunakannya, pengguna perlulah mendaftar menggunakan aplikasi Android atau iOS terlebih dahulu, sebelum dapat menggunakannya di web. Pada web, ia masih terhad untuk pelayar web Chrome sahaja, dan tiada sokongan untuk pelayar web lain buat masa ini.

Muat-Turun Inbox untuk Chrome


TIPS & ULASAN