U Mobile Melancarkan Pelan Khusus Bersama Peranti Oppo

U Mobile Melancarkan Pelan Khusus Bersama Peranti Oppo

Diterbitkan pada Okt 27, 2014 oleh .

Baru sahaja beberapa minggu lalu U Mobile menjalinkan kerjasama khas dengan YouTube dan Tonton dalam memberikan penstriman percuma buat pelanggan mereka, hari ini mereka mengumumkan kerjasama dengan Oppo membawakan beberapa pelan khas bersama peranti dari Oppo.

Melalui kerjasama antara U Mobile dan Oppo, mereka akan membawakan pelan prabayar untuk Oppo Joy dan pelan pascabayar untuk Oppo Neo 5 yang merupakan peranti Android dengan capaian LTE mampu milik tersedia di pasaran. Oppo Joy adalah peranti Android dilengkapi Jelly Bean dengan sistem Color OS, mempunyai cip dwi-teras 1.3Ghz, dan mempunyai slot untuk dua kad SIM.  Oppo Neo 5 pula merupakan peranti Android Jelly Bean dengan sistem Color OS, membawakan cip Snapdragon TM400 empat teras 1.2Ghz dan menyokong 4G LTE.

umobile-oppo-2

Bermula hari ini, pelanggan U Mobile boleh membeli Oppo Joy pada harga RM348 dan akan memperoleh baucer tambah nilai sebanyak RM 20 dan pek permulaan prabayar bernilai RM8. Khusus buat pelan ini, pelanggan yang telah menggunakan pelan ini selama 3 bulan turut menerima kuota data tambahan sebanyak 250MB apabila membeli kredit tambah nilai RM30 untuk 4 bulan berikutnya semasa tempoh promosi.

umobile-oppo-1

Sekiranya pelanggan memerlukan pelan dengan LTE, Oppo Neo 5 LTE ditawarkan pada harga RM598 dengan langganan percuma pelan U58 untuk 6 bulan pertama. Pelan percuma U58 ini turut hadir dengan kuota data sebanyak 2GB setiap bulan dan juga panggilan percuma sebanyak 300 minit.

Pelan ini telah mula dijual hari ini dan untuk maklumat lanjut berkenaan pelan terbaru ini, layari laman rasmi mereka.


TIPS & ULASAN