Cab2KLIA Ingin Memudahkan Anda Membuat Tempahan Teksi Ke KLIA

Cab2KLIA Ingin Memudahkan Anda Membuat Tempahan Teksi Ke KLIA

Diterbitkan pada Okt 27, 2014 oleh .

TaxiMonger merupakan salah satu syarikat tempatan yang menawarkan fungsi tempahan teksi menggunakan aplikasi mudah-alih, selain daripada EasyTaxi dan juga MyTeksi. Setelah sekian lama menyepi tanpa sebarang pengumuman jikalau dibandingkan dengan penyedia yang lain, kini pihak TaxiMonger hadir dengan sebuah aplikasi baru dinamakan Cab2KLIA.

Cab2KLIA ini dibangunkan bersama-sama syarikat teksi Mesra Indah Jaya, dan seperti pada namanya, ia memfokuskan kepada penawaran teksi ke KLIA dan juga KLIA2.

Pihak pembangunnya mengatakan mereka akan mengenakan caj tetap berdasarkan kepada lokasi, dan tiada caj tambahan seperti surcaj untuk lapangan terbang, caj tol, atau caj tambahan disebabkan oleh kesesakkan lalu lintas.

Cab2KLIA

Daripada percubaan kami, ia boleh dikatakan aplikasi yang ditawarkan oleh Cab2KLIA agak buruk jikalau dibandingkan dengan beberapa penyedia yang lain. Ia tidak diketahui mengapa pembangunnya hadir dengan rekabentuk sedemikian, termasuk meletakkan gambar latar dibelakang yang agak mengganggu teks.

Apa pun, dari segi harga, boleh dikatakan ia agak murah jikalau dibandingkan beberapa penyedia lain. Semakan kami untuk dari KL Sentral ke KLIA memperlihatkan harganya adalah sebanyak RM71.44.

Kami tidak lagi mengetahui bagaimanakah servis mereka. Melalui aplikasi, pihak Cab2KLIA mengatakan membuat tempahan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum penerbangan, dan ia dilihat meliputi kawasan Lembah Klang sahaja buat masa ini.

Aplikasi ini ditawarkan dalam bentuk aplikasi Android sahaja, selain versi web. Pembangunnya mengatakan versi iOS akan hadir tidak lama lagi.

Layari : Cab2KLIA

Muat-Turun Aplikasi Cab2KLIA untuk Android


TIPS & ULASAN