Cari @ Amanz

Zenfone LolipopGoogle sebelum ini telah memperkenalkan Android 5.0 Lolipop secara rasminya, dan beberapa pengeluar peranti telah mengumumkan sokongan untuk peranti mereka satu demi satu. Terkini, pihak Asus melalui forum mereka, ZenTalk telah berkongsi mengatakan mereka menyasarkan untuk memperkenalkan kemaskini Lolipop untuk sekitar April 2015 kelak.

Asus Zenfone 4, Zenfone 5, dan juga Zenfone 6 dijangka akan menerimanya, selain daripada Asus Padfone S. Sementara Padfone Infinity pula dijangka akan menerimanya lebih kurang dua bulan selepas itu.

Ia boleh dikatakan penerimaan Lolipop untuk keluarga Zenfone agak lambat berbanding dengan beberapa peranti lain. Apa pun, ia mungkin akan mengembirakan pengguna Zenfone dan juga bakal pembeli Padfone S, memandangkan pihak Asus akan menawarkan kemaskini untuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd