Continuity Activation Tool Membolehkan Anda Menggunakan Fungsi Handoff Pada Mac Lama

Continuity Activation Tool Membolehkan Anda Menggunakan Fungsi Handoff Pada Mac Lama

Diterbitkan pada Okt 27, 2014 oleh .

Dengan pengenalan OS X Yosemite, pihak Apple telah memperkenalkan fungsi “Continuity”, yang mana membolehkan pengguna peranti Mac mengintegrasikan penggunaan komputer mereka bersama-sama dengan peranti mudah-alih iOS. Namun, ia terhad kepada beberapa Mac versi baru sahaja, walaupun Mac sejak tahun 2011 menyokong Bluetooth 4.0.

Continuity

Untuk mengatasi perkara ini, sekaligus membolehkan Mac lama menyokong fungsi “Continuity” seperti Handoff, dan Instant Hotspot, kini pembangun bebas hadir dengan sebuah perisian ringkas dinamakan “Continuity Activation Tool”.

Menggunakannya, ia mengaktifkan fungsi Continuity pada Mac lama yang menggunakan Yosemite, dimana ia berjaya membuatnya dengan menyemak sokongan untuknya, membuat salinan pendua untuk System Drivers, dan kemudian mematikan kod senarai hitam pada Bluetooth yang menghalang fungsi Continuity.

Daripada senarai yang diperlihatkan oleh pembangunnya, ia menyokong beberapa komputer Mac daripada tahun 2011 dan terkini tanpa perubahan pada hardware, sementara sebelumnya memerlukan sedikit perubahan pada hardware.

Sekiranya anda menggunakan Mac lama, dan ingin mengaktifkan sokongan Continuity, mungkin boleh mencuba fungsi ini. Tetapi pastikan anda membuat salinan pendua untuk sistem dan dokumen anda untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini terjadi.

Muat-Turun Continuity Activation Tool[/info]


TIPS & ULASAN