WordPress Kini Digunakan Oleh 23% Web – WordPress 4.1 Pada 10 Disember

WordPress Kini Digunakan Oleh 23% Web – WordPress 4.1 Pada 10 Disember

Diterbitkan pada Okt 28, 2014 oleh .

WordPress merupakan salah satu platform sumber terbuka yang memfokuskan kepada pembangunan blog, dan turut digunakan ramai sebagai CMS. Terkini, Matt Mullenweg, pengasas WordPress berkongsi beberapa statisitik semasa berkaitan dengan platform tersebut, mengatakan ia kini digunakan oleh lebih 23% daripada web.

WordPress ingin memudahkan penerbitan tidak kira dimana atau bahasa apa anda menggunakan.Penggunaan ini memperlihatkan peningkatakn yang positif dari tahun ke tahun, sekaligus memperlihatkan lebih ramai menggunakan platform tersebut untuk hadir dengan web tersendiri. Bercakap mengenai penggunaan, Matt berkongsi mengatakan ia kini lebih digunakan sebagai app framework, sementara penggunaan sebagai CMS dan juga blog berkurangan dari tahun ke tahun.

Pada masa yang sama, pembangun WordPress turut berkongsi mengenai versi akan datang mereka, iaitu WordPress 4.1. Versi baru ini bakal dilancarkan kepada umum pada 10 Disember kelak, dan ia akan memfokuskan kepada lokalisasi.

Pihak WordPress akan mula menawarkan beberapa kandungan dalam terjemahan bahasa pengguna tersebut sendiri melalui versi tersebut. Ia aka dimulakan dengan direktori pemalam dan juga tema pada WordPress 4.1, dimana sebagai contoh sekiranya anda menggunakan WordPress BM, anda akan diperlihatkan dengan penerangan tema dan pemalam dalam bahasa Malaysia.

Disamping itu, beberapa perkara lain dengan fokus terhadap lokalisasi turut akan hadir pada WordPress. Pihak WordPress juga dijangka akan mengintegrasikan beberapa fungsi khusus untuk pembangun, termasuk sistem statistik yang lebih baik pada direktori untuk pembangun memantau muat-turun pemalam dan tema mereka.

Dengan pengumuman ini, kita mungkin akan melihat kemaskini WordPress 4.1 Beta hadir tidak lama lagi, sebelum versi akhirnya dilancarkan pada 10 Disember kelak.


TIPS & ULASAN