Masalah Tompok Merah Jambu Pada Kamera Xperia Z3 Dilaporkan

Masalah Tompok Merah Jambu Pada Kamera Xperia Z3 Dilaporkan

Diterbitkan pada Okt 28, 2014 oleh .

Sony Xperia Z3 baru sahaja kami ulas minggu lalu dan kami memberikan markah yang tinggi kepada peranti terkini Sony ini. Kami tidak menemui sebarang kelemahan dan dengan selesa memberikan takhta peranti Android terbaik 2014 untuk telefon pintar kalis air ini. Tetapi hari ini ada sedikit berita buruk untuk pemilik Z3. Terdapat beberapa pengguna melaporkan gambar yang diambil menggunakan Z3 memaparkan tompok merah jambu pada bahagian tengah. Tompokan ini kelihatan apabila gambar di ambil di dalam kawasan tertutup ataupun gambar dengan latar belakang putih. Kami melakukan beberapa ujian menggunakan Z3 di makmal Amanz dan masalah ini setakat ini tidak kami alami. Dari forum rasmi Xperia Z3 kami menyedari setakat ini terdapat 10 orang pengguna melaporkan mereka menghadapi masalah ini. Pihak Sony masih belum memberikan komen rasmi terhadap masalah ini. Tidak juga diketahui sama ada ini merupakan masalah perisian ataupun perkakasan. Beberapa komen yang kami bacat menjurus kepada masalah perisian menguruskan tahap white balance. Jika ini adalah benar masalah ini mungkin dapat diselesaikan dengan kemas kini perisian. Sekiranya tidak ini mungkin masalah yang sama yang dihadapi HTC One M7. Pada One M7 peranti yang panas merosakkan fungsi sensor kamera Ultrapixel mengakibatkan berlakunya masalah purple tint.

Xperia-Z3-pink

Sumber Talk.SonyMobile

 


TIPS & ULASAN