RIUT : Beg Sandang Anti Kecurian Untuk Pengguna Pengangkutan Awam

RIUT : Beg Sandang Anti Kecurian Untuk Pengguna Pengangkutan Awam

Diterbitkan pada Okt 28, 2014 oleh .

Setiap kali kami menggunakan beg laptop di tempat awam kami terpaksa menyandang beg di bahagian hadapan Kami mempunyai six pack tersembunyi dan apabila beg disandang sebegini kami kelihatan lebih mengandung dari wanita mengandung. Tetapi ini harus kami lakukan bagi mengelakkan poket luar beg dari diseluk mengakibatkan barang-barang penting seperti peranti, wayar pengecas dan komputer riba tidak dicuri. Kami pernah lihat seorang pengguna meletakkan 3 pasang mangga pada beg beliau bagi tujuan keselamatan. Pastinya ada penyelesaian kepada masalah kecurian yang sudah berlaku sejak azali.

RIUT-bag-2

Beg RIUT (Revolution In User Thinking) adalah penyelesaian yang dihasilkan oleh Sarah Giblin dari United Kingdom. Sebagai penduduk London menggunakan pengangkutan awam adalah sebuah keperluan. Selepas bosan menjadi mangsa kecurian beliau menghasilkan protaip Riut. Apakah yang membezakan beg ini dengan beg yang ada di pasaran? Riut tidak mempunyai zip pada bahagian hadapan beg. Sebalikya zip terletak pada bahagian belakang. Apabila disandang zip akan tersorok dan dihimpit oleh badan pemakai. Ini mengurangkan kebarangkalian anda boleh diseluk oleh pencuri. Riut juga diperbuat daripada bahan kalis air bagi memastikan peranti yang disimpan di dalamnya tidak akan rosak apabila hujan. Beg ini cukup besar untuk memuatkan sebuah komputer riba 15 inci dan beberapa peranti pintar pada waktu yang sama. Sarah masih mengumpul dana bagi menjadikan ciptaan menarik beliau ini menjadi realiti. Harga Riut bermula dari 45 pound (RM 238) sebuah. Kami rasakan ini adalah ciptaan yang bagus untuk pengguna pengangkutan awam harian seperti kami dan harga yang ditetapkan sangat berpatutan.

RIUT-bag

Sumber Kickstarter

 


TIPS & ULASAN