SoftSpace Mengambil-Alih Fasspay – Penyedia Perkhidmatan Pembayaran Mudah-Alih

SoftSpace Mengambil-Alih Fasspay – Penyedia Perkhidmatan Pembayaran Mudah-Alih

Diterbitkan pada Okt 28, 2014 oleh .

Soft Space merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada sokongan pembayaran dan penerimaan bayaran menggunakan kad kredit di peranti mudah-alih. Kini, mereka terus mengukuhkan kedudukan dengan mengambil-alih sebuah lagi syarikat tempatan yang memfokuskan kepada perkara lebih kurang sama dinamakan sebagai Fasspay.

Fasspay

Bagi yang tidak mengenali akan Soft Space, mereka telah melancarkan perkhidmatan mereka sebelum ini, menawarkan sebuah aplikasi yang dihubungkan ke sebuah dongle yang dipasang pada telefon atau tablet. Melaluinya, syarikat dan kedai boleh menerima pembayaran menggunakan kad kredit dengan mudah.

Soft Space juga sebelum ini mempunyai beberapa klien ternama, termasuk CIMB Group, serta pelbagai bank sekitar Asia Tenggara. Mereka juga telah bekerjasama dengan Tesco sebelum ini dalam memudahkan penghantaran ke rumah diterima bayarannya menggunakan teknologi mereka.

Dengan pengambil-alihan Fasspay, ia sekaligus membolehkan SoftSpace terus menambah senarai klien mereka, yang mana termasuk AirAsia, Toyota dan pelbagai syarikat PKS di Malaysia. Fasspay juga baru-baru ini telah memperluaskan perkhidmatan ke Indonesia, dan perkara ini turut akan menguntungkan pihak Soft Space.

Seperti biasa, harga pengambil-alihan tidak diumumkan kedua-dua pihak buat masa ini.


TIPS & ULASAN