Lenovo Memulakan Pra-Tempahan Untuk YOGA Tablet 2 Pada Harga Bermula RM1099

Lenovo Memulakan Pra-Tempahan Untuk YOGA Tablet 2 Pada Harga Bermula RM1099

Diterbitkan pada Okt 28, 2014 oleh .

Lenovo pada awal bulan ini telah memperkenalkan keluarga Yoga Tablet 2, dan kini ia dilihat pihak Lenovo telah dalam perancangan untuk membawa ia masuk ke pasaran tempatan, serta telah membuka pra-tempahan untuknya.

Lenovo Yoga Tablet 2 ditawarkan dalam tiga variasi pilihan, iaitu bersaiz 8-inci, 10-inci dan juga 13-inci. Versi 10-inci hadir dengan sistem operasi Windows 8.1, sementara 8-inci dan 13-inci menggunakan sistem operasi Android 4.4 KitKat.

Lenovo Yoga Tablet 2

Kesemua versi menggunakan cip pemprosesan Intel Atom, dan dilengkapi dengan paparan pada resolusi 1920×1200 pixel di versi 8-inci dan 10-inci, sementara bersaiz 13-inci membawakan paparan resolusi 2560×1440 pixel.

Ketiga-tiga versi juga turut dilengkapi dengan kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 1.6-megapixel. Ia juga turut hadir dengan sebuah mod penggunaan baru, yang mana pengguna boleh gantungkan ia di dinding atau dibeberapa lokasi untuk menonton kandungan dan sebagainya.

Melalui halaman pra-tempahan, pihak Lenovo dilihat membukanya antara hari ini sehingga 8 November kelak.


TIPS & ULASAN