Xiaomi nampaknya telah mengubah cara jualan, dimana selepas berminggu-minggu menawarkan jualan Xiaomi Mi3 dan Redmi Note dengan kuantiti terhad, kini mereka telah membuka jualan tersebut untuk sepanjang masa, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkannya bila-bila melalui web mereka.
Harga jualannya masih sama, dimana Xiaomi Mi3 ditawarkan pada harga RM769, sementara Xiaomi Redmi Note pula pada harga RM509. Mereka turut menawarkan beberapa bundle pilihan, membolehkan pengguna turut mendapatkan sebuah kerangka luar tambahan melalui pembeliannya.
Bagi anda yang inginkan kedua-dua peranti tersebut, kini boleh ke laman rasmi Xiaomi, dan mendapatkannya. Selain kedua-duanya, pengguna turut boleh mendapatkan Redmi 1S daripada Lazada pada harga RM419.