Cari @ Amanz

Logitech sedia menawarkan beberapa koleksi papan kekunci untuk digunakan bersama-sama tablet, terutamanya iPad. Terkini, mereka turut menambah penawaran dengan hadir dengan papan kekunci Logitech Keys-To-Go.

Logitech Keys-To-Go

Papan kekunci ultra-mudah-alih.Papan kekunci ini dilihat untuk mereka yang sering mengembara atau mempunyai tugasan diluar. Ia dihubungkan tanpa wayar melalui sokongna Bluetooth, dan dilihat boleh digunakan pada pelbagai jenis situasi. Jikalau dilihat secara kasar, boleh dikatakan ia turut kelihatan hampir menyerupai papan kekunci yang ditawarkan Microsoft untuk Surface. Papan kekunci ini juga dilihat menyertakan sokongan kalis air.

Harga jualan tempatan untuk papan kekunci ini masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Selain daripada iPad, pihak Logitech turut mengatakan yang mana ia boleh digunakan untuk AppleTV dan juga iPhone.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd