PlayStation 4 System Software 2.0 Sedia Dimuat-Turun – Menyertakan Fungsi Share Play

PlayStation 4 System Software 2.0 Sedia Dimuat-Turun – Menyertakan Fungsi Share Play

Diterbitkan pada Okt 28, 2014 oleh .

Sony hari ini telah pun mula menawarkan kemaskini System Software 2.0 kepada para pengguna konsol PlayStation 2.0, sekaligus menyertakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya, dimana salah satunya adalah sokongan Share Play.

Sokongan SharePlay ini membolehkan para pengguna berkongsi permainan dengan rakan mereka yang lain, dimana anda boleh membenarkan rakan anda memainkan untuk anda ataupun memainkan bersama-sama dengan anda. Apa pun, fungsi ini terhad kepada 60 minit sahaja, dan seperti biasa, rakan anda turut mempunyai konsol yang menyokong Share Play.

PS4 Masamune

PS4 Masamune

Disamping itu, kemaskini ini turut menyertakan beberapa perkara baru yang lain, termasuk sokongan aplikasi YouTube, kebolehan memainkan lagu daripada USB yang dihubungkan ke konsol, sokongan tema dan beberapa yang lain.

Bagi anda yang mempunyai konsol PlayStation 4, kemaskini ini boleh dimuat-turun hari ini, dan ia bersaiz sekitar 218MB.


TIPS & ULASAN