Dari hari ke hari, pengguna peranti mudah-alih seluruh dunia bertambah dengan pesat, dan perkara ini turut memberikan impak kepada dunia teknologi dan cara pengguna mengakses kandungan.
Kebanyakkan web telah melaporkan yang mana pengguna dari peranti mudah-alih mereka meningkat dengan drastik menggantikan pengguna desktop, dan terkini YouTube turut mengatakan kini seramai 50% daripada pengguna yang menonton video di platform tersebut hadir dari peranti mudah-alih.
Selari dengan ini, boleh dikatakan pihak YouTube turut mempunyai beberapa perancangan mereka tersendiri untuk terus menambah baik penawaran mereka, dan salah satunya adalah perkhidmatan berbentuk langganan yang bebas iklan pada perkhidmatan tersebut. Ia tidak diketahui bilakah fungsi langganan akan diperkenalkan.
Bercakap mengenai video juga, pihak Google Malaysia turut telah berkongsi pada awal minggu ini bersama kami, mengatakan yang mana kebanyakkan pengguna tempatan menonton video pada hari bekerja sekitar waktu makan tengah-hari. Apa pun, data yang dikongsikan oleh Google Malaysia ini tidak terhad kepada platform, tetapi meliputi tontonan video secara online di desktop dan peranti mudah-alih.