Cari @ Amanz

W3C merupakan salah satu konsortium atau badan yang memantau dan membangunkan beberapa piawaian web. Mereka telah memulakan pembangunan piawaian untuk HTML5 sejak beberapa tahun yang lepas, dan hari ini, secara rasminya mereka mengumumkan yang mana piawaian tersebut telah lengkap dibangunkan.

html5

W3C atau nama penuhnya World Wide Web Consortium turut mengumumkan yang mana HTML5 kini lengkap untuk adaptasi meluas berbanding pengenalan berperingkat sebelum ini.

HTMl5 menyertakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya, terutamanya sokongan memainkan fail media seperti muzik dan video terus pada pelayar web tanpa pemalam tambahan. Disamping itu beberapa perkara baru turut disertakan dalam memudahkan pembangunan web pada pelbagai platform menggunakan piawaian tersebut.

Dengan pengenalan rasmi ini, pihak W3C kini telah pun memulakan pembangunan untuk versi seterusnya, HTML 5.1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd