Alienware Graphics Amplifier : Kad Grafik Luaran Untuk Komputer Riba

Alienware Graphics Amplifier : Kad Grafik Luaran Untuk Komputer Riba

Diterbitkan pada Okt 29, 2014 oleh .

Alienware-Graphics-Amplifier-1

Kekurangan komputer riba ialah kemampuan menambah baik perkakasan yang terhad. Anda hanya boleh menambah jumlah RAM dan muatan dalaman. Tiada kemampuan menambah baik kad grafik ataupun pemproses kerana ianya dipateri terus kepada motherboard. Ini adalah salah satu sebab utama mengapa seorang gamer lebih menggemari komputer desktop berbanding komputer riba. Pihak Alienware mempunyai jalan penyelesaian terhadap masalah ini dengan menjual Graphics Amplifier. Ianya  dok khas untuk kad grafik tambahan. Ianya kemudian disambung kepada komputer riba dan memberikan penambahbaikan kemampuan komputer riba anda secara serta merta. Ia turut dilengkapi port USB 3.0 tambahan. Buat masa ini Graphics Amplier hanya menyokong komputer riba Alienware 13 kerana Graphics Amplifier memerlukan kabel dan perisian khas Alienware untuk berfungsi. Di masa hadapan kesemua komputer riba Alienware akan mempunyai port khas yang membolehkan ia menggunakan Graphics Amplifier. Setiap Graphics Amplifier boleh memuatkan sebuah kad grafik dan didatangi dengan sumber kuasa 375 Watt. Kedua-dua kad grafik Nvidia dan AMD disokong namun tiada sokongan SLI/Crossfire buat masa ini. Graphics Amplifier kosong tanpa sebarang kad grafik dijual pada harga 299.99 Dollar (RM 979) sebuah. Penyelasaian kepada masalah yang sudah berdekad lamanya namun harga yang ditawarkan adalah tidak mesra pengguna.

Alienware-Graphics-Amplifier-2

Sumber Dell


TIPS & ULASAN