Cari @ Amanz

Kerana penggunaan peranti sesentuh yang semakin popular, majoriti pengguna sekarang sudah tidak lagi canggung menggunakan papan kekunci sesentuh untuk menaip. Oleh sebab itu tidak mengejutkan akhirnya sebuah papan kekunci skrin sesentuh dihasilkan untuk komputer desktop. Cool Leaf ialah sebuah papan kekunci sesentuh dengan 104 anak kunci dan sebuah touchpad.  Ia adalah ciptaan Dr Kazuo Kawasaki. Bagi memudahkan anda menaip ia menyokong  timbal balas haptik. Apabila tidak digunakan lampu papan kekunci terpadam dan ia akan kelihatan seperti cermin. Ianya juga kalis air bagi memudahkan anda membersihkan skrin kekunci yang pastinya akan mudah berminyak selepas digunakan. Kepada mereka yang gemarkan aksesori komputer yang unik dan kelihatan cantik di atas meja Cool Leaf harus anda miliki. Pada harga saranan mencecah RM 650 sebuah, ianya bukanlah papan kekunci untuk golongan marhaen.

cool-leaf-keyboard_04

Sumber Dynamism

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd