Dapur Induksi Samsung Dengan Sistem “Api Maya”

Dapur Induksi Samsung Dengan Sistem “Api Maya”

Diterbitkan pada Okt 29, 2014 oleh .

Samsung-NE58H9970WS-Slide-in-Induction-Chef-Collection-Range-with-Flex-Duo-Oven-image-1-630x354Semasa zaman masih belajar dahulu kami ada memiliki sebuah dapur induksi. Pada suatu hari yang hening kami kelaparan selepas bekerja selama 2 hari untuk mengejar tarikh akhir menghantar kerja kursus. Dalam kelaparan bercampur mengantuk kami terlupa menetapkan suhu kuali kepada sederhana. Akibatnya periuk yang diletakkan di atas dapur induksi tersebut berlubang akibat kepanasan. Masalah utama periuk induksi ialah kita tidak dapat melihat berapa besar “api” yang memanaskan periuk. Pada dapur gas biasa ada visual yang boleh memberitahu kita tahap nyalaan api. Oleh sebab itu dapur induksi NE58H9970WS keluaran Samsung dilengkapi sistem api maya. Ianya adalah LED bewarna biru yang diletakkan di sekeliling hab pemanas. Apabila ia digunakan LED akan memancarkan “api” maya yang saiznya berkadaran dengan tahap kepanasan yang dipilih oleh pengguna. Oleh itu tidak akan berlaku lagi tersalah menetapkan susu hub pemanas mengakibatkan berlakunya kemalangan seperti yang kami alami. Sebuah inovasi yang mudah tetapi tidak pernah pula wujud pada puluhan dapur induksi sebelum ini. Bak kata Steve Jobs , “kerap kali, pengguna tidak tahu apa yang mereka mahu sehingga anda menunjukkan kepada mereka”. Mencipta penyelesaian mudah kepada masalah yang adalah sesuatu yang sukar.

Samsung-NE58H9970WS-Slide-in-Induction-Chef-Collection-Range-with-Flex-Duo-Oven-image-2-672x372

 

Sumber Samsung


TIPS & ULASAN