SSM : Penjual Di Facebook Perlu Memaparkan Nama Dan Nombor Syarikat, Atau Didenda Sehingga RM5000

SSM : Penjual Di Facebook Perlu Memaparkan Nama Dan Nombor Syarikat, Atau Didenda Sehingga RM5000

Diterbitkan pada Okt 29, 2014 oleh .

Kerajaan telah sedia menekankan penggunaan Peraturan Peniaga Dalam Talian sejak Julai 2013 yang lepas, namun, ramai menganggapnya ia hanya khusus untuk mereka yang mempunyai web khusus sahaja. Kini, melalui sebuah notis yang dipaparkan E-Commerce Milo, ia dilihat perkara tersebut turut melibatkan penjual yang menggunakan laman sosial seperti Facebook.

Secara kasarnya, ia dilihat pihak SSM telah memulakan proses pemantauan, dan beberapa penjual yang menggunakan Facebook untuk menjual diminta untuk memaparkan nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat.

Sekiranya gagal, pemilik perniagaan tersebut akan dikenakan caj penalti sehingga RM5000. Memandangkan ramai yang menjual melalui Facebook merupakan syarikat kecil dan sederhana, maka mungkin anda boleh mendaftarkan syarikat di SSM pada harga RM60 setahun, dan mengelakkan anda daripada dikenakan penalti ini.

Kemaskini: Kami telah menghubungi SSM. Perniagaan di apa jua rangkaian atas-talian tertakluk pada undang-undang, termasuklah Instagram.

Bacaan Lanjut : Peraturan Peniaga Dalam Talian


TIPS & ULASAN