Temui Kami Di MSC Malaysia Technopreneur Open Day Ipoh, Perak Pada 4 November Ini

Temui Kami Di MSC Malaysia Technopreneur Open Day Ipoh, Perak Pada 4 November Ini

Diterbitkan pada Okt 29, 2014 oleh .

Esok acara MSC Malaysia Technopreneur Open Day akan berlangsung di MaGIC Cyberjaya. Acara yang dikelolakan oleh MAD Incubator ini merupakan siri keempat dari jelajah mereka membawakan perkongsian berkenaan dunia startup. Jelajah terakhir mereka adalah pada 4 November bertempat di Casuarina Hotel, Meru Raya, Perak.

Berbeza dengan acara terdahulu, bagi acara ini terdapat 3 kategori perkongsian ilmu yang berkaitan dengan industri kecil dan sederhana dan perkongsian ilmu berkaitan teknologi. Satu lagi kategori khusus dibawakan oleh NEF, adalah sesi dialog bertujuan untuk bertukar pandangan berkenaan dunia startup. Antara pengisian yang akan dibawakan adalah sesi bersama Nadira Yusoff, presiden WENA (Women Entrepreneurs Network) dan Girls in Tech, sedikit penerangan berkenaan dana SUPERB oleh Ashran Dato’ Ghazi dari NEF & myNEF.

PERAK AGENDA-low

Pada sesi petang, kami akan membawakan sesi temuramah memfokuskan bagaimana usahawan tradisional boleh memperkasakan perniagaan mereka melalui ICT bersama paneli dari gudang atas talian Cincaibuy.com serta konsultan dari Minda Trafik dan Internet Academy. Sebagai penutup, satu forum menarik akan diadakan memfokuskan kepada usahawan di Perak, membawakan wakil dari SME Corp Perak, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, MaGIC, SKMM.

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk menyertai acara ini di MaGIC Cyberjaya esok, ini adalah jelajah terakhir MAD Incubator disekitar Malaysia yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Perlu diingatkan bagi hadirin yang berminat dengan acara Pitch & Qualify, anda perlu menghantar maklumat berkenaan startup anda di halaman ini dan pihak MAD Incubator akan memberikan maklumbalas mengenainya.

Pendaftaran Peserta: MSC Malaysia Technopreneur Open Day Meru Raya, Perak 4 November 

Maklumat penuh: MSC Malaysia Technopreneur Open Day


TIPS & ULASAN